what do i think ?

what do i think ?

Monday, 10 October 2011

foward:nasib si gadisselalu puji tean lelaki di facebook :) (must read!)

Ada seorang kenalan aku (GadisXXX - Bukan Nama sebenar) di facebook yang rutin setiap harinya dipenuhi dengan status pujian terhadap BFnya, Pujian seperti baik, penyayang, cinta, bertanggungjawab dan segala macam pujian yang boleh membuat orang lain termuntah tanpa sedar setiap hari memenuhi wall facebooknya, kadang-kadang diri ini terasa ingin "Unfriend" kerana semak dipenuhi status gila dia, nak buat macam mana, kawan tetap kawan, terpaksalah terima.

So nak dijadikan cerita, baru-baru ini aku lepak dan online facebook di kedai mamak, dan si GadisXXX pun sedang online facebooknya juga dan seperti rutin biasa wall-wallnya masih dengan pujian terhadap BFnya yang bertuah,
Nak ditambah cerita lagi, apa yang terpandang didepan mata aku pasangan yang sedang duduk berkepit erat dengan penuh kasih sayang dengan adegan mencium pipi adalah BF kepada gadis yang malang iaitu GadisXXX, dianggap malang kerana bukan GadisXXX yang berada disisi lelaki tersebut tetapi Wanita yang jauh lebih cantik dan menarik, pasangan ini mungkin baru balik dari bershopping kerana banyak bungkusan barang diletak atas meja mereka.
Sambil aku menonton pasangan bermain wayang didepan mata bermulalah juga perbualan antara aku dengan Gadisxxx di facebook chat.


MistaBOM: "XXX,Salam, kau buat apa?"

GadisXXX: "Asignment, kenapa?"

MistaBOM: "Kalau aku tanya sikit kau jangan kata aku penyibuk pulak"

GadisXXX: "Cakap je la"

MistaBOM: "Kenapa kau asik puji sangat BF kau?"

GadisXXX: "BF aku sayang aku, mestilah aku puji, kau takde awek apa kau tau"

MistaBOM: "Apa bukti BF kau sayang kau sampai kau duk memuji 24jam"

GadisXXX: "Dia janji nak kahwin dengan aku, mestilah aku kena jaga dia betul2"

MistaBOM: "So kau yakinlah dia takde girl2 lain ke?"

GadisXXX: "Apahal kau cakap macam tu?, kau nak cari pasal ke?"

MistaBOM: "Saja je aku tanya"

GadisXXX: "Aku kenal BF aku, dia takkan tipu aku, dia memang cinta aku"

MistaBOM: "Oo macam tu, so mana BF kau? kau tak keluar dengan dia ke?"

GadisXXX: "Dia busy, dah sebulan aku tak date ngan dia, aku pun taknak ganggu dia sebab dia kata nak cari duit nak masuk minang aku, nanti dia dah free baru aku keluar ngan dia"

MistaBOM: "Busy??? sedih aku tengok kau..."

GadisXXX: "Kenapa?"

MistaBOM: "takda apa, kau nak dengar satu ungkapan tak?"

GadisXXX: "Apa dia?"

MistaBOM: "Tengok Taik Nampak Coklat, mesti kau tak pernah dengarkan?"

GadisXXX: "Bodoh ar kau..."

MistaBOM: "Lagi bodoh kau dari aku, bye Salam"


Dan selepas itu aku pun mahu caj notebook aku yang dah nak kehabisan bateri, di meja pasangan tersebut terdapat socket elektrik,
aku pun pergi untuk mencucuk plug charger meja pasangan tersebut. dan bermulalah perbualan pendek antara aku dan BF gadisXXX...


MistaBOM: "Bro, tumpang charge kat sini boleh"

LelakiXXX: "No hal"

MistaBOM: "Thank, banyak barang, baru balik shopping dengan awek ke?"

LelakiXXX: "Beli barang sikit untuk tunang"

MistaBOM: "Oo tunang, ingat ke awek"

LelakiXXX: "baru 2 minggu bertunang"

MistaBOM: Congrat bro..

LelakiXXX: thank bro.


Aku tidak akan memberi tahu kepada GadisXXX mengenai kes ini, supaya aku tidak dianggap penyibuk, biarlah dia sendiri dapat tahu dari orang lain.
dan aku amat kesian dengan girl2 yang akan melalui situasi seperti ini.

Tatkala perempuan terlalu gila terhadap lelaki, 
tatkala itulah lelaki main gila terhadap perempuan.

kepada girl2 lain, jangan duk puji dan bermegah2 sangat pada BF anda melainkan anda sudah "bernikah",
kisah ini bukanlah untuk mengutuk atau menghina, tetapi menasihat wanita supaya tidak ditipu,
aku lelaki aku tahu apa lelaki mahukan dari wanita,
bukan semua lelaki adalah penipu, dan bukan semua lelaki baik. 

No comments:

Post a Comment