what do i think ?

what do i think ?

Tuesday, 9 August 2011

perbandingna antara lelaki dengan perempuan???

Mana YanG MeNaRiK PanDanGaN?
PanDanG BoLeH,JanGaN BanDinG
Seorang kawan bertanya, apabila aku memandang wanita, aku pandang di mana terlebih dahulu? Aku berkata pandang wajahnya. Dia bertanya lagi, selepas memandang wajah di mana pula akan kupandang? Aku tergamam kerana tidak cukup berani untuk menjawab walaupun jawapannya ada. Lelaki lain, aku rasa lebih kurang sama seperti aku, memandang wajah terlebih dahulu barulah mengalihkan pandangan ke tempat yang menjadi tarikan kedua selepas wajah.
Bagaimana dengan wanita? Di mana pandangan pertama wanita pada lelaki? Mungkin wajah, mungkin kaki? Aku rasa wajah yang dipandang duhulu kerana jarang ada orang memandang kaki kemudian wajah kecuali gadis. Di mana pula tempat kedua akan dipandang oleh wanita? Aku perhatikan setiap kali bersembang dengan wanita, mereka ada kecenderungan yang sama. Mereka memilih tempat kedua yang sama untuk dipandang. Dengan curi-curi, ketika lelaki berpandang ke arah lain, wanita akan menjeling ke situ. Lumrah kehidupan. Setiap orang ada daya dan tempat tarikan tersendiri.
Bagaimana apabila lelaki berjalan di belakang wanita, di mana ditumpahkan matanya? Secara jujur aku mengaku bahawa mata lelaki pasti akan tertangkap pada satu tempat yang serupa. Mengapa begitu? kerana itulah tarikan utama wanita apabila dipandang dari belakang. Wanita pula bagaimana apabila berjalan mengekori lelaki?
Apa yang dipandangnya?
Aku tidak mahu membicarakan minat lelaki atau wanita dan di mana mereka suka pandang kerana itu hak mereka. Tetapi aku cuma mahu mempertikaikan hak yang ada pada lelaki atau wanita membanding-bandingkan apa yang dipandangnya. Lelaki atau wanita gemar benar membandingkan fizikal - perawakan dan ciri-ciri luaran seseorang dengan orang lain. Malah ada yang sangat celupar. Apabila melihat benda yang tidak indah di hati, terus sosek-sosek dengan kawan di tepi. Apabila ternampak benda yang mengagumkan terus wowah-wowah. Ini tidak sopan dan dikira tidak menghormati peribadi orang lain.
Kita boleh pandang sehingga meleleh air liur pun tidak mengapa tetapi tidak boleh membandingkan dengan orang lain. Setiap orang dianugerahi ciri-ciri fizikal tersendiri yang harus dihormati semua orang. Kenapa kita tak boleh membuat perbandingan? Kerana perbandingan akan melahirkan penghakiman sedangkan bukan kuasa kita menghakimi fizikal sesiapa. Itu anugerah Tuhan. Anugerah Tuhan tidak boleh dipertikaikan sama ada oleh tuan punya tubuh atau orang lain. Mempertikaikan anugerah Tuhan hukumnya berdosa.
Perbandiangan secara diam-diam dalam hati masih boleh diterima, tetapi perbandingan secara terbuka sama sekali dilarang. Belajar hormati dan hargai orang lain!
Bolehkah kita memandang seseorang tanpa membandingkan dengan orang lain?